ARTIKEL |
MASALAH HAMBATAN PUNCA
PELAJAR MELAYU LEMAH. BEKAS
Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Diraja Ungku Aziz berkata, satu
daripada punca orang Melayu di luar bandar ketinggalan dalam pendidikan
dan bidang lain disebabkan mereka mempunyai hambatan (handicap) atau
kekurangan sejak dari kecil. Beliau
berkata, pelajar Melayu di luar bandar juga masih mengalami masalah
kekurangan zat seperti protein, mineral dan lemak yang akhirnya menjadikan
badan mereka kurang sihat berbanding kaum lain. Selain
itu, katanya, pelajar Melayu juga mempunyai hambatan dari segi pemikiran,
iaitu mereka dicap sebagai pemalas, tidak pandai dan perlu dibantu untuk
berjaya. Pada
masa yang sama, beliau berkata, pelajar Melayu juga tidak pernah diberi
kata-kata semangat atau galakan bahawa mereka boleh berjaya seperti orang
lain jika menggunakan peluang yang tersedia dan berusaha
bersungguh-sungguh. “Mentaliti
terjajah ini ditanam dalam pemikiran Melayu sejak beratus tahun lalu,
bahawa orang Melayu perlukan bantuan atau subsidi kerana mereka tidak
boleh berjaya jika tidak diberi keistimewaan. “Dari
segi sosial, mereka sebati dengan bomoh dan bergantung kepada bomoh untuk
berjaya dalam banyak hal termasuk untuk menjadi ahli politik. “Bergantung
kepada bomoh ini satu pemikiran magik yang bersifat antisains dan syirik
tetapi pihak berkuasa agama tidak pernah mengeluarkan sebarang pendirian
mengenai hal ini,” katanya ketika membentang ucaptama pada majlis Dialog
Meja Bulat Kebangsaan: Pemikiran Melayu Pertama di Shah Alam, baru-baru
ini. Ungku
Aziz membentangkan ucaptama bertajuk `Membina Peranggu Minda dan Peranggu
Badan Yang Berjaya’. Pertemuan
akademik itu dirasmikan oleh Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Prof Datuk Dr Ibrahim Abu Shah. Hadir
sama Timbalan Naib Canselor (Akademik), Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin,
Penolong Naib Canselor, Institut Pengembangan Ilmu (InKA), UiTM, Prof
Madya Dr Rahmat Mohamad dan Pengerusi dialog, Prof Madya Dr Ahmad Murad
Mohd Noor Merican. Dialog
sehari itu dianjurkan oleh Pusat Kajian Multidisiplin, InKA untuk
mengumpulkan pandangan pakar bidang mengenai pemikiran Melayu dalam aspek
saintifik, kesusasteraan, sains sosial, sosio ekonomi, bahasa, seni halus
dan sebagainya. Berhubung
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu, Ungku Aziz berkata,
pelajar Melayu di luar bandar perlu membudayakan penggunaan kamus dan
menjadikannya tabiat sepanjang hayat bagi membantu mereka menguasai
kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris. Beliau
berkata, kebiasaan menggunakan kamus membolehkan pelajar Melayu memahami
perkataan yang khusus dan akhirnya membina kekayaan kosa kata. Katanya,
kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris perlu menjadi keutamaan kerana
kemahiran lain seperti menulis dan bertutur menjadi mudah jika pelajar
cekap membaca dalam bahasa Inggeris. “Penggunaan
kamus sepatutnya menjadi tabiat sepanjang hayat kerana saya sendiri sampai
sekarang masih menggunakan kamus dan mendapat perkataan baru setiap hari. Ehsan
: Berita Harian Kata
Bestari : |