ARTIKEL
|
MENGAPA ANDA SELALU LUPA
? Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. Jangan
cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan
untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat
apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering
diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum
melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya
bukan?? Sebenarnya
wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.
Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk
memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan
risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak
tajuk-tajuk yang anda telah faham. Fahami
apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama
sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan
yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda
belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya
kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum
terlambat.. Setelah
anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda
gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga
nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada
apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal. Hafal
kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.
Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta. Contoh
fakta: Sebab
itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!! Pecahkan
kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal
terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu
terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada
beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini. Sering
membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya
bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali
ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa
yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya
anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka
jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali
lagi dimusim peperiksaan. Untuk
menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang
telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua
dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan: Imbas 5 minit apa yang
dibaca selepas 24 jam. Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu. Imbas 5 minit
setiap 2 minggu. Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan. Gunakan
teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta,
anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik
menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi. Pastikan anda
kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan
ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa. Elakkan
dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu
Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang
sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk
anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat
zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih
bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti. Ajarkannya
kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa
yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara
aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya
sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Kata Bestari: |