ARTIKEL
|
UNTUK BERJAYA PERLU ADA
MATLAMAT.
Hampir
80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang
dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda
tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat
perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa
matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang
begitu sahajai tanpa disedari. Imagination
is more powerul than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein.
Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu
pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan.
Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan
mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan. Sedarkah
anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka
yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang
nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya
dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu
pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik
mungkin dah jadi doktor". Apa
agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu".
Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini
berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda.
Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya
matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu
tindakan kearah kecemerlangan diri. Selepas
ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini. Contoh
matlamat: Cakap
tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda. Anda begitu
bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula
tindakan anda? Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan
seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil
sewaktu persekolahan mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...dan tindakan. Kata
Bestari: |