Make your own free website on Tripod.com

PIAGAM PELANGGAN S.M.K.MERGONG

Kami warga SMK Mergong dengan penuh tekat dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1.                Memastikan semua pelajar memulakan proses pembelajaran  pada hari pertama persekolahan.

2.                  Memastikan agihan tugas guru menepati keperluan dan matlamat pendidikan serta memuaskan semua pihak.

3.                  Berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang selesa dan sesuai untuk pembelajaran.

4.                  Memastikan maklumat/data dapat disalurkan kepada pelanggan dengan lengkap, cepat dan terkini.

5.                  Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan mengikut jadual waktu yang ditetapkan dengan lancar serta dapat memenuhi kehendak pelajar, masyarakat dan negara.

6.                  Mewujudkan tenaga pengajar yang beriltizam , berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif serta dapat berkhimat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

7.                  Memastikan bahawa pelajar-pelajar yang tamat persekolahan peringkat menengah mendapat pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

8.                  Memastikan  pejabat sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan:

    memberi layanan kaunter yang mesra dan segera

        menentukan semua surat-menyurat, aduan atau rayuan, mengenai sekolah diambil tindakan dalam masa 10 hari dari tarikh terima.

9.                  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor, dan teguran yang membina dari semua pihak dan mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik dan kokurikulum                   SMK Mergong.