Make your own free website on Tripod.com

Kata Aluan

PENGETUA SMK MERGONG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Laman Web SMK Mergong ini dapat dikemaskini dan disempurnakan untuk tahun 2004 ini.

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini dapat dilihat begitu banyak organisasi menggunakan laman web dan portal masing-masing dalam urusan-urusan harian seperti urusan perbankan, pendidikan, perniagaan, komunikasi dan forum secara terus-menerus melalui komputer.

Ini adalah satu usaha murni yang harus kita teruskan bagi menyahut seruan Kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang celik komputer dan menjadikan komputer sebagai saluran utama komunikasi dewasa ini. Justeru itu adalah wajar untuk mewujudkan laman web sekolah ini bagi membolehkan para pelajar dan guru meneroka dan menjelajahi dunia teknologi maklumat yang begitu dinamik dan mencabar.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan guru yang berjaya membangunkan Laman Web SMK Mergong ini. Saya  berharap agar laman web sekolah ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem pentadbiran dan pendidikan di sekolah.

Sekian , terima kasih.

"Berilmu  Berbakti"

Pn. Hjh. Khatijah Bt. Mahmud
Pengetua SMK Mergong.             

No.Tel :

04-7315394
         

 No. Fax :

04-7301870
         

e-mel : smkm2002@tm.net.my