| PENGETUA
SMK MERGONG Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Laman
Web SMK Mergong ini dapat
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini dapat dilihat begitu banyak organisasi menggunakan laman web dan portal masing-masing dalam urusan-urusan harian seperti urusan perbankan, pendidikan, perniagaan, komunikasi dan forum secara terus-menerus melalui komputer.
Ini adalah satu
usaha murni yang harus kita teruskan bagi menyahut seruan Kerajaan dalam
melahirkan masyarakat yang celik komputer dan menjadikan komputer sebagai
saluran utama komunikasi dewasa ini. Justeru itu adalah wajar untuk mewujudkan laman web sekolah ini bagi
membolehkan para pelajar dan guru meneroka dan menjelajahi dunia teknologi
maklumat yang begitu dinamik dan mencabar.
Akhir kata,
saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan guru yang berjaya
membangunkan Laman Web SMK Mergong ini. Saya
berharap agar laman web sekolah ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua
pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem pentadbiran
dan pendidikan di sekolah.
Sekian , terima kasih. "Berilmu Berbakti" Pn. Hjh. Khatijah Bt. Mahmud |
No.Tel :
04-7315394 No. Fax :
04-7301870 e-mel : smkm2002@tm.net.my |
![]()